Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (KorSispa) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Tahun 2020 akan berlangsung pada 11 April 2021 di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA)
Seramai 104 Kadet Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) Universiti Kuala Lumpu (UniKL) layak ditauliahkan sebagai Leftenan Muda Pertahanan Awam di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (Kor-SISPA) Universiti Kuala Lumpur (UniKL) bagi tahun 2020. Majlis Pentauliahan Kor Sispa yang ke 3 bakal berlangsung di Akademi Latihan Pertahanan Awam (ALPHA), Bangi Selangor dimana 53 kadet akan ditauliahkan secara bersemuka. Sementara , seramai 51 Kadet akan menerima pentauliahan menerusi siaran langsung menggunakan aplikasi dalam talian akibat kekangan penularan Wabak Covid-19.
Tahniah kepada semua yang pelajar UniKl yang bakal ditauliahkan Leftenan Muda Pertahanan Awam (PA) di Majlis Pentauliahan Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam UniKL Tahun 2020.
Share This