SISTEM E-PEROLEHAN MITEC (SEPM)
MANUAL PENGGUNA UNTUK PORTAL PEMBEKAL


1) Anda boleh terus ke Portal Pembekal untuk menggunakan sistem e-perolehan MITEC (SEPM) dan mendaftar sebagai pembekal.


2) Sebagai pembekal baru, anda perlu mendaftar sebagai pembekal dengan mengisi ID Pengguna, Emel dan Kata Laluan yang sah dan log masuk menerusi Akaun Pembekal.


3) Sekiranya anda lupa kata laluan Akaun Pembekal, anda boleh mengakses dengan menggunakan ID pengguna dan emel.


4) Anda boleh melihat Maklumat Akaun melalui Papan Utama selepas Log Masuk. Status Akaun adalah belum disahkan bagi Pembekal Baru.


5) Anda boleh mengisi dan simpan Maklumat Syarikat termasuk Butir-butir Syarikat, Lesen & Sijil Pendaftaran, Bidang Perniagaan, Latarbelakang Kewangan dan Laterbelakang Am.


6) Pengakuan Pengesahan diperlukan bagi mengesahkan permohonan pendaftaran.


7) Pembekal boleh menukar Emel dan Kata Laluan di Maklumat Akaun


8) Selepas Maklumat Syarikat dihantar, sistem akan memberi maklum balas "Dalam Proses Pengesahan". Tarikh pendaftaran adalah pada tarikh hantar permohonan pendaftaran.


9) Selepas Maklumat Syarikat dihantar untuk pengesahan, anda tidak boleh mengubah Maklumat Syarikat kecuali Alamat Pejabat, Nama Pegawai dan Nombor Telefon.


10) Sekiranya permohonan anda ditolak, sistem akan memberi maklum balas "Belum Disahkan". Anda perlu menghantar permohonan semula secara atas talian.


11) Dalam proses pengesahan, Semakan sedang dilakukan oleh pihak Pentadbiran.


12) Taraf Akaun akan menjadi Disahkan sekiranya pengesahan anda telah diluluskan. Nombor Pendaftaran, Nombor Sijil dan Salinan Sijil akan ditambah untuk Akaun Pembekal. Tarikh luput Sijil adalah 3 tahun selepas Tarikh Kelulusan dibuat. Anda akan di beritahu menerusi emel .


13) Contoh Salinan Sijil adalah dalam format PDF.


14) Pembekal hanya boleh mengubah Maklumat Syarikat seperti Alamat Pejabat, Nama Pegawai dan Nombor Telefon selepas maklumat syarikat telah disahkan.


15) Pembekal boleh mencetak salinan Pendaftaran Pembekal dengan semua Maklumat Syarikat yang telah diisi.


16) Taraf Akaun akan berstatus "Belum Disahkan" apabila tarikh Sijil MOF luput. Anda perlu menghantar semula permohonan untuk pengesahan. Anda juga akan menerima pemberitahuan melalui Emel.


17) Taraf Akaun akan berstatus "Belum Disahkan" apabila tarikh Sijil Pembekal Berdaftar di UniKL MITEC luput. Anda perlu menghantar semula permohonan untuk pengesahan. Anda juga akan menerima pemberitahuan melalui Emel.