Sesi libat urus ini adalah satu sesi strategik dalam meningkatkan kerjasama Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) UniKL dan MPC dalam memacu produktiviti institusi pendidikan ke arah kemajuan produktiviti negara. Antara yang dibincangkan adalah peningkatan kebolehpasaran graduan melalui pendedahan dan penglibatan didalam industri melalui projek ICC dan pengiktirafan melalui persijilan-persijilan khas bersama agensi atau Certification Body (CB) termasuklah cadangan program pensijilan dan pengiktirafan dibawah MPC atau dibawah kerjasama MPC-UniKL.
Disamping itu, sesi ini turut melibatkan penyerahan sijil Productivity Champion kategori Leader kepada 𝑯𝒆𝒂𝒅 𝒐𝒇 𝑹𝒆𝒔𝒆𝒂𝒓𝒄𝒉 𝒂𝒏𝒅 𝑰𝒏𝒏𝒐𝒗𝒂𝒕𝒊𝒐𝒏, 𝑻𝒔. 𝑫𝒓. 𝑯𝒋. 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑨𝒎𝒓𝒂𝒏 𝑩𝒊𝒏 𝑴𝒐𝒉𝒅 𝑫𝒂𝒓𝒊𝒍 dan perkongsian bagi program pengiktirafan Productivity Champion dalam menggalakkan pendaftaran pegawai dan pensyarah yang terlibat dalam projek peningkatan produktiviti melalui aktiviti inovasi, penambahbaikan operasi serta pendigitalan didalam organisasi UniKL atau kepada industri dan masyarakat.
Pihak UniKL menyahut baik hasrat MPC untuk menggalakkan pelaksanaan projek-projek produktiviti dalan inovasi, aktiviti penambahbaikan dan inisiatif digital secara berterusan dan akan turut mencadangkan untuk pencalonan Productivity Champion kepada individu yang berkelayakan.
Turut hadir dari UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (MITEC) ialah Dean/Head of Campus, AP. Ts. Dr. Hj. Ishamuddin Bin Mustapha, Deputy Dean, Ts. Dr. Mazlan B. Hj. Md Zahid, Head of Section Quality Engineering, Ts Mohd Haziq Bin Zakaria, Head of PeTECH Prog, Hj Mohamad Shahrul Effendy Kosnan, Head of Research and Innovation, Ts. Dr. Hj. Mohd Amran Bin Mohd Daril and Head of Industrial Linkage, Dr Muhammad Bin Azmi
Share This