Sorotan sepanjang Lawatan Rasmi YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki Pengerusi MARA & Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur membuat lawatan ke UniKL Malaysian Institute of Industrial Technology (UniKL MITEC) 🚚
“Kebolehpasaran graduan dalam bidang rantaian penawaran pembekalan (supply chain networking) dan bidang kejuruteraan berasaskan kawalan kualiti menjadi salah satu bidang pekerjaan yang dijangka mendepani spektrum industri global dalam tempoh 10 tahun akan datang atau lebih awal,” ujar YBhg. Dato’ Dr. Asyraf Wajdi Bin Dato’ Dusuki.
Pelajar pelajar terutama SRC & RCC UniKL MITEC amat berbesar hati dapat berjumpa dengan pemimpin yang beribawa seperti YBhg Dato’ Dr. Asyraf Wajdi pada hari ini.

Share This