Majlis Berbuka Puasa dan Pengagihan Zakat 😇

Selamat datang diucapkan kepada YBhg. Dato’ Sri Azhar bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA & Pro Canselor Universiti Kuala Lumpur ke Majlis Berbuka Puasa dan Pengagihan Zakat Universiti Kuala Lumpur 2023 yang akan berlangsung secara fizikal di Lobi, Universiti Kuala Lumpur Kampus Kota. Majlis akan bersiaran secara langsung di Facebook dan Youtube “UniKLPAGE”.

🗓️ 12 April 2023 (Rabu), bersamaan 21 Ramadan 1444H
⏰ 5.45 Petang
🎥 Live Facebook & Youtube “UniKLPage”

Untuk makluman semua, majlis ini bertujuan untuk meraikan seramai 160 orang mahasiswa dari 4 buah kampus UniKL di negeri Selangor yang merupakan penerima zakat dari Tabung Zakat UniKL dengan kerjasama Lembaga Zakat Selangor.

Share This