Program Kepimpinan dan Lawatan Pelajar SMK Mak Lagam dan SM Teknik Terengganu bersama UniKL MITEC anjuran Bahagian Pemasaran, Pengambilan dan Kemasukan Pelajar (MeSRA) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Pelajar dan Gaya Hidup Kampus (SDCL) yang melibatkan Fasilitator daripada SRC, WOW Crew dan RCC. Program ini telah disertai oleh seramai 107 pelajar melibatkan SMK Mak Lagam dan SM Teknik Terengganu selama 2 hari 1 malam bermula pada 26 Ogos 2022 sehingga 27 Ogos 2022 bertempat di UniKL MITEC, Johor.
Tahniah kepada pelajar yang terlibat.. Semoga Program ini dapat meningkatkan sahsiah serta kepimpinan para pelajar dan semoga berjaya dalam apa jua bidang yang akan anda ceburi pada masa akan datang.
Share This