Salam Maulidur Rasul 🌙
Meneladani Sunnah Rasulullah SAW adalah salah satu cara kita membuktikan cinta kita kepada Baginda.
Sewaktu berhijrah ke Madinah, Rasulullah SAW bukan sahaja berjaya menyatukan kaum Muhajirin dan Ansar melalui Piagam Madinah, malah bersama kaum Yahudi.
Penyatuan yang diasaskan Baginda merentasi kabilah, agama serta fahaman.
Konsep penyatuan yang dibawa Rasulullah mengajar kita untuk bermuafakat tanpa mengira latar belakang.
Salam Maulidur Rasul 1444H/2022M kepada semua umat Islam dan semoga kita sentiasa beramal mengikut Sunnah Baginda 😇

 

Share This