Program STEM Day @ UniKL MITEC 2022 merupakan program anjuran Kelab Generasi Ta’zim dengan kerjasama Kelab CSR dan Unit MESRA UniKL MITEC.
 
Program yang telah disertai oleh 100 orang pelajar dan 6 orang guru pengiring telah berlangsung di UniKL MITEC. Program ini melibatkan sekolah SMK Pengerang Utama, SMK Adela, SMK Bandar Mas, SMK Bandar Penawar, SMK Agama Bandar Penawar dan SM Sains Kota Tinggi dan telah berlangsung selama 2 hari . Program ini bertujuan untuk merealisasikan visi dan misi Kementerian Pendidikan Malaysia dalam memupuk minat pelajar dalam bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik.
 
 
Share This